Saturday 11 August 2012

PERUBAHAN PENDUDUK


Kawasan Berpenduduk Padat

  1. Kawasan berpenduduk padat di Malaysia adalah kawasan yang mempunyai lebih daripada 200 orang sekilometer persegi.
  1. Kawasan ini terdapat di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysiaterutama di Bandar-bandar besar, dataran dan delta sungai.
  1. Kawasan ini menyediakan pelbagai kemudahan awam dan perkhidmatan. Contoh- hospital, institut pengajian tinggi
  1. Contoh kawasan- Lembah Klang, Lembah Kinta, Pulau Pinang, Seberang Perai, Dataran Kedah-Perlis, Seremban, Melaka(Semenanjung Malaysia).
  1. Kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan tumpuan penduduk di dataran dan delta subur spt Dataran Kelantan, Dataran Terengganu.
  1. Di Sarawak, tumpuan penduduk di sekitar Kuching, Sarikei dan Sibu.
  1. Di Sabah, pendudk bertumpu di sekitar Kota Kinabalu.


Kawasan Berpenduduk Sederhana
  1. Kawasan berpenduduk sederhana mempunyai 50 hingga 200 orang sekilometer persegi.
  1. Contoh- kawasan kaki bukit atau luar Bandar.
  1. Kemudahan awan, infrasturktur dan perkhidmatan disediakan di kawasan ini.
  1. Jenis taburan penduduk ini juga terdapat di kawasan pertanian, perikanan dan pekan-pekan kecil.
  1. Contoh kawasan:
a)      Beberapa bahagian dataran pantai barat spt Kulim, Jitra, Teluk Intan, Sepang, Port Dickson, Jasin, Muar.
b)      Bachok, Kelantan, Marang dan Kuala Berang di Terengganu dan Jerantut serta Sungai Pahang di Pahang di SemenanjungMalaysia.
c)      Lembah Sungai Rajang, Lembah Sungai Baram, Sibu, Bintulu, Miri, Samarahan, Sri Aman, dan Liambang di Sarawak.
d)      Lembah Sungai Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Semporna, Tuaran dan Keningau di Sabah.
e)      Kawasan rancangan kemajuan tanah spt Jengka Tiga Segi, Pahang Tanggara, Johor Tenggara, Kelantan Selatan.
Kawasan Berpenduduk Jarang
  1. Kawasan berpenduduk jarang mempunyai kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.
  1. Contoh- kawasan pedalaman, kawasan tanah tinggi yg berhutan tebal spt kawasan di pedalaman Sabah dan Sarawak.
  1. Kawasan berpaya juga berpendudk jarang spt di Tasik Chini dan Tasik Bera, Pahang.



No comments:

Post a Comment