Monday 27 August 2012

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Kelahiran


  1. Faktor-faktor yg mempengaruhi kadar kelahiran; Dasar Kependudukan Negara, taraf pendidikan, amalan perancangan keluarga, kerjaya dan status wanita, perkahwinan lewat, taraf hidup dan ekonomi keluarga, peluang pekerjaan dan sosiobudaya dan agama.
  2. Di bawah Dasar Kependudukan Negara, kerajaan menggalakkan pertambahan penduduk dengan matlamat Negara mencapai jumlah penduduk 70 juta orang menjelang akhir abad ke-21.
  3. Dengan jumlah penduduk 70 juta orang, Negara dapat menyediakan tenaga kerja, meningkatkan daya pengeluaran Negara, meningkatkan kuasa beli rakyat dan mengukuhkan kedudukan politik serta keselamatan Negara.
  4. Kerajaan memberikan pelbagai galakan untuk menggalakkan kelahiran seperti pengecualian cukai tanggungan, cuti bersalin dan bayaran rawatan yang rendah.
  5. Perkembangan ekonomi yang pesat di Negara Malaysia membolehkan kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan, perubatan dan kemudahan asas yang telah membantu meningkatkan taraf hidup penduduk.
  6. Kini, kaum wanita banyak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan menjawat jawatan tinggi.
  7. Kebanyakan daripada mereka lewat berkahwin dan hal ini menyebabkan kadar kesuburan yang rendah dan mengurangkan kadar kelahiran.
  8. Keadaan ekonomi yang stabil dan baikdi Negara kita telah menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf kehidupan.
  9. Pasangan suami isteri mengamalkan perancangan keluarga untuk menjarakkan kadar kelahiran.
  10. Oleh itu, kadar kelahiran bayi dapat dikurangkan dan mengehadkan saiz keluarga.
  11. Banyak penduduk Malaysia yang menikmati taraf hidup dan pendidikan yang lebih tinggi, mengamalkan perancangan keluarga.
  12. Faktor sosiobudaya dan agama juga mempengaruhi kadar kematian.
  13. Sesetengah masyarakat percaya bahawa semakin banyak anak, rezeki keluarga tersebut akan bertambah. Pemikiran ini akan meningkatkan kadar kelahiran.
  14. Sebilangan masyarakat merancang saiz keluarga kecil untuk memberikan kehidupan yang berkualiti.
  15. Pada umumnya, setiap agama di Negara Malaysia menggalakkan penganutnya mempunyai banyak anak.
  16. Hal ini akan meningkatkan kadar kelahiran dan saiz keluarga akan bertambah besar.

1 comment: