Monday 27 August 2012

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Kematian


  1. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian ialah taraf kesihatan dan kemajuan perubatan, dasar kerajaan(kawalan penyakit), bekalan makanan, wabak penyakit, taraf hidup, taraf pendidikan dan bencana alam.
  2. Kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai perkhidmatan serta kemudahan perubatan dan kesihatan yang baik bagi mengurangkan kadar kematian.
  3. Contohnya, kawalan penyakit, rawatan ibu mengandung dan suntikan imunisasi.
  4. Suntikan awal seperti BCG (untuk batuk kering) dan Hepatitis B diberikan kepada bayi, manakala suntikan tetanus dan cacar diberikan kepada kanak-kanak dan murid.
  5. Wabak penyakit seperti demam denggi, taun dan batuk kering dapat dikawal dan diubati dengan kemajuan dalam bidang perubatan.
  6. Kemudahan kesihatan seperti hospital, klinik dan pusat-pusat kesihatan disediakan di luar Bandar.
  7. Kerajaan berusaha untuk menambahkan bilangan kakitangan perubatan.
  8. Pertambahan bilangan hospital kerajaan dan swasta juga telah meningkatkan kemudahan rawatan pakar.
  9. Pendidikan kesihatan di sekolah-sekolah memberikan maklumat kepada pelajar-pelajar bagi menjauhi penyakit dan menjaga kesihatan.
  10. Taraf pendidikan yang tinggi di kalangan penduduk memberikan kesedaran yang tinggi tentang penjagaan kesihatan.
  11. Mereka semakin mengutamakan kesihatan dalam kehidupan.
  12. Kemajuan ekonomi Negara Malaysia telah membolehkan penduduk Negara ini menikmati taraf hidup rakyat yang mampu memperoleh rawatan kesihatan dan makanan yang sempurna.
  13. Keadaan politik yang stabil menyebabkan penduduk dapat hidup dalam suasana aman. Peperangan yang berlaku di sesetengah Negara menyebabkan peningkatan kadar kematian.
  14. Kadar kematian akibat bencana alam seperti banjir dan tsunami di Malaysia adalah sedikit.
  15. Bekalan air bersih, system pembetungan dan sampah yang teratur dapat menghindari penyakit dan menurunkan kadar kematian.
  16. Kempen anti-merokok, serta kempen kesedaran tentang penyakit AIDS, SARS dan kempen bahaya kencing manis diadakan melalui media massa oleh kerajaan.
  17. Kemudahan perubatan dan kesihatan serta pemakanan yang baik dan seimbang telah memanjangkan jangka hayat penduduk Malaysia.
  18. Rantau Asia Tenggara mengalami pertambahan penduduk yang tinggi dari tahun 1950 hingga 1975 kerana kadar kelahiran yang tinggi dan taraf kesihatan yang bertambah baik.

Kadar Kematian


  1. Kadar kematian iaitu jumlah bilangan kematian yang dibandingkan dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun yang berkenaan bagi setiap 1000 penduduk.
  2. Kaedah untuk mengira kadar kematian kasar ialah:

Kadar kematian kasar

         Jumlah kematian dalam setahun
=--------------------------------------------------   x 1000
  Jumlah penduduk pada pertengahan tahun

  1. Kadar kematian kasar Negara Malaysia telah menurun jika dibandingkan dengan tahun 1980.
  2. Pada tahun 1980 terdapat 6.4 kematian bagi setiap 1000, pada tahun 2001 penduduk dan kadar kematian menurun kepada 4.4.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Kelahiran


  1. Faktor-faktor yg mempengaruhi kadar kelahiran; Dasar Kependudukan Negara, taraf pendidikan, amalan perancangan keluarga, kerjaya dan status wanita, perkahwinan lewat, taraf hidup dan ekonomi keluarga, peluang pekerjaan dan sosiobudaya dan agama.
  2. Di bawah Dasar Kependudukan Negara, kerajaan menggalakkan pertambahan penduduk dengan matlamat Negara mencapai jumlah penduduk 70 juta orang menjelang akhir abad ke-21.
  3. Dengan jumlah penduduk 70 juta orang, Negara dapat menyediakan tenaga kerja, meningkatkan daya pengeluaran Negara, meningkatkan kuasa beli rakyat dan mengukuhkan kedudukan politik serta keselamatan Negara.
  4. Kerajaan memberikan pelbagai galakan untuk menggalakkan kelahiran seperti pengecualian cukai tanggungan, cuti bersalin dan bayaran rawatan yang rendah.
  5. Perkembangan ekonomi yang pesat di Negara Malaysia membolehkan kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan, perubatan dan kemudahan asas yang telah membantu meningkatkan taraf hidup penduduk.
  6. Kini, kaum wanita banyak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan menjawat jawatan tinggi.
  7. Kebanyakan daripada mereka lewat berkahwin dan hal ini menyebabkan kadar kesuburan yang rendah dan mengurangkan kadar kelahiran.
  8. Keadaan ekonomi yang stabil dan baikdi Negara kita telah menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf kehidupan.
  9. Pasangan suami isteri mengamalkan perancangan keluarga untuk menjarakkan kadar kelahiran.
  10. Oleh itu, kadar kelahiran bayi dapat dikurangkan dan mengehadkan saiz keluarga.
  11. Banyak penduduk Malaysia yang menikmati taraf hidup dan pendidikan yang lebih tinggi, mengamalkan perancangan keluarga.
  12. Faktor sosiobudaya dan agama juga mempengaruhi kadar kematian.
  13. Sesetengah masyarakat percaya bahawa semakin banyak anak, rezeki keluarga tersebut akan bertambah. Pemikiran ini akan meningkatkan kadar kelahiran.
  14. Sebilangan masyarakat merancang saiz keluarga kecil untuk memberikan kehidupan yang berkualiti.
  15. Pada umumnya, setiap agama di Negara Malaysia menggalakkan penganutnya mempunyai banyak anak.
  16. Hal ini akan meningkatkan kadar kelahiran dan saiz keluarga akan bertambah besar.

Kadar Kelahiran

 

  1. Kadar kelahiran diperoleh dgn membandingkan jumlah kelahiran bayi dgn jumlah penduduk pd pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1000 penduduk.
  2. Kadar ini disebut sebagai kadar kelahiran kasar.
  3. Kaedah untuk mengira kadar kelahiran kasar:

Kadar kelahiran kasar
          Jumlah kelahiran dalam setahun
= -------------------------------------------------- x 1000
   Jumlah penduduk pada pertengahan tahun

MIGRASI


  1. Migrasi ialah proses penghijrahan(perpindahan) penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
  2. Terdapat dua jenis migrasi; migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa.
  3. Kawasan yang menerima kemasukan penduduk akan mengalami pertambahan penduduk, manakala kawasan yang penduduknya keluar akan mengalami kekurangan penduduk.
  4. Migrasi dipengaruhi oleh factor tarikan dan factor tolakan.

Saturday 11 August 2012

PERUBAHAN PENDUDUK


Kawasan Berpenduduk Padat

  1. Kawasan berpenduduk padat di Malaysia adalah kawasan yang mempunyai lebih daripada 200 orang sekilometer persegi.
  1. Kawasan ini terdapat di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysiaterutama di Bandar-bandar besar, dataran dan delta sungai.
  1. Kawasan ini menyediakan pelbagai kemudahan awam dan perkhidmatan. Contoh- hospital, institut pengajian tinggi
  1. Contoh kawasan- Lembah Klang, Lembah Kinta, Pulau Pinang, Seberang Perai, Dataran Kedah-Perlis, Seremban, Melaka(Semenanjung Malaysia).
  1. Kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan tumpuan penduduk di dataran dan delta subur spt Dataran Kelantan, Dataran Terengganu.
  1. Di Sarawak, tumpuan penduduk di sekitar Kuching, Sarikei dan Sibu.
  1. Di Sabah, pendudk bertumpu di sekitar Kota Kinabalu.


Kawasan Berpenduduk Sederhana
  1. Kawasan berpenduduk sederhana mempunyai 50 hingga 200 orang sekilometer persegi.
  1. Contoh- kawasan kaki bukit atau luar Bandar.
  1. Kemudahan awan, infrasturktur dan perkhidmatan disediakan di kawasan ini.
  1. Jenis taburan penduduk ini juga terdapat di kawasan pertanian, perikanan dan pekan-pekan kecil.
  1. Contoh kawasan:
a)      Beberapa bahagian dataran pantai barat spt Kulim, Jitra, Teluk Intan, Sepang, Port Dickson, Jasin, Muar.
b)      Bachok, Kelantan, Marang dan Kuala Berang di Terengganu dan Jerantut serta Sungai Pahang di Pahang di SemenanjungMalaysia.
c)      Lembah Sungai Rajang, Lembah Sungai Baram, Sibu, Bintulu, Miri, Samarahan, Sri Aman, dan Liambang di Sarawak.
d)      Lembah Sungai Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Semporna, Tuaran dan Keningau di Sabah.
e)      Kawasan rancangan kemajuan tanah spt Jengka Tiga Segi, Pahang Tanggara, Johor Tenggara, Kelantan Selatan.
Kawasan Berpenduduk Jarang
  1. Kawasan berpenduduk jarang mempunyai kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.
  1. Contoh- kawasan pedalaman, kawasan tanah tinggi yg berhutan tebal spt kawasan di pedalaman Sabah dan Sarawak.
  1. Kawasan berpaya juga berpendudk jarang spt di Tasik Chini dan Tasik Bera, Pahang.



PERUBAHAN PENDUDUK

  • 1. GEOGRAFI AHLI NAZHAN AIZUDDIN
  • 2. PERUBAHAN PENDUDUK Jumlah penduduk bertambah atau berkurang dalam setahun di sesebuah negara.Pertambahan jumlah penduduk dipanggil sebagai (imigrasi) dan penduduk yang berpindah keluar dipanggil sebagai (emigrasi).Kadar kelahiran,kadar kematian,dan migrasi menjadi faktor yang mempengaruhi perubahan jumlah penduduk di sesebuah negara.
  • 3. KATA KUNCI Kadar Kelahiran bermaksud jumlah kelahiran bagi setiap 1000 penduduk dalam tahun tertentu. Kadar Kematian bermaksud jumlah kematian bagi setiap 1000 penduduk dalam tahun tertentu. Migrasi bermaksud proses perhijrahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tujuan menetap secara kekal atau sementara.
  • 4. KADAR KELAHIRAN Kadar kelahiran ialah jumlah kelahiran bayi dibandingkan dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1000 penduduk.Kadar ini dikenali sebagai kadar kelahiran kasar.
  • 5. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran Taraf pendidikan Sosial dan agama Peluang pekerjaan Taraf hidup Perkahwinan lewat Kerjaya Perancangan keluarga Dasar Kedudukan negara Faktor
  • 6. KADAR KEMATIAN Kadar kematian ialah jumlah bilangan kematian yang dibandingkan dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun yang berkenaan bagi setiap 1000 penduduk.Kadar ini dikenali sebagai kadar kematian kasar.
  • 7. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian Kemudah perubatan Faktor Bencana alam Taraf pendidikan Wabak penyakit Kekurangan makanan Taraf hidup Dasar kerajaan
  • 8. MIGRASI Migrasi ialah proses pergerakan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tujuan menetap secara kekal atau sementara.Terdapat dua contoh iaitu: IMIGRASI DAN EMIGRASI
  • 9. FAKTOR-FAKTOR IMIGRASI Keadaan politik stabil Peluang pekerjaan Faktor peribadi
  • 10. FAKTOR-FAKTOR EMIGRASI Peluang perkerjaan yang baik Melanjutkan pelajaran Faktor peribadi